June 26, 2013

Memories flashback

Assalammualaikum..

Alia rasa memang terlalu lama alia tak update blog :') rasa rindu pula. Alia sekarang dah masuk semester 3 sekarang. Yeay! Masa berlalu begitu pantas kan? Tapi bukan ni yang Alia nak cerita hari ni. Alia nak cerita tentang pengalaman Alia menjaga mak alia time sakit.

Memories flashback,

Okay.. berlaku past 2year tahun 2011 dalam bulan Ramadan. Time tu kite sibuk nak hadapi SPM right? I remember this dan lagi 2minggu nak raya. As usual, my mom pick me up from sekolah around 3.45pm. Sampai je rumah korang tahu2 jelah kan after mandi je terus melepak sambil watching tv. Tengah seronok tengok tv sambil baring tu ttibe ade orang panggil "yahh.. Yahh.." memula ingat jiran yang dok menjerit, rupe2 nye my mom. Tu pon Alia dapat tahu lepas dengar abang menjerit "kenapa mak?!"

Korang tahu ape jadi time tu :'( mak Alia jatuh kat longkang belakang, tangan my mom terhentak kat simen time nak buang sampah. Time tu my mom dah masuk dalam rumah menahan kesakitan dek terhentak. Alia kelam kabut, otak ni tak dapat nak fikir jalan penyelesaian. But then alia dapat idea, alia ambil shawl untuk gantung tangan mak tapi mak tak nak. Mak kata mak boleh tahan. Abang alia pergi minta tolong jiran. Untung ada jiran, ni lah gunanya jiran. Ada baiknya kite berbaik2 dengan jiran kan?

Sampai-sampai je kat hospital Sultanah Aminah, abang terus pergi kat kaunter emergency. Time tu orang yang incharge tu balutkan tangan mak dulu and dia suruh tunggu sampai nombor keluar baru boleh jumpe doktor. Yess~ kitorang tunggu kat luar tu lama sangat. My mom keep crying tak henti-henti. Mak ngadu sakit. Serious time tu alia sebak sangat, alia rasa tak sedap badan, nak muntah, sakit kepala. Sebab takut apa-apa jadi kat mak. Time tu pula puasa. Alia suruh mak berbuka tapi mak tak nak. Mak tahan juga sampai time berbuka. Petang tu, abah balik kerja around 5pm terus datang hospital. Abah pun nampak cuak time tu. Mak tak henti menangis menahan sakit. Betapa kuatnya mak ketika tu. Lastly, nombor dipanggil abah mengiringi mak masuk untuk check up. Mak dibawa ke bilik x-ray dan dimasukkan ke wad. Time tu Allah saja yang tahu betapa risaunya anak-anak dia. Abah minta tolong Alia tengok-tengokkan mak kat dalam sementara abah pulang untuk ambil adik sekolah. Time teman mak kat dalam, mak cakap "mak minta maaf menyusahkan awak semua.." serious time tu sebak sebab sepanjang tu kami tak pernah mengeluh. Alia balas dengan senyuman je.

Time mak dimasukkan ke wad, mak tak mampu nak angkat badan naik atas katil sebab bile kite ngengsot badan, tangan pon akan tergerak sekali. Alia dah tolong nak angkat mak tapi mak menolak, mak kata mak boleh buat sendiri. Alia menangis tengok keadaan mak ketika itu. Petang tu Alia sempat minta izin mak dengan abah nak teman mak kat hospital tapi mak tak mahu. Mak suruh pergi sekolah. Siapalah kita untuk melawan, alia ikotkan saja kehendak mak ketika tu.

Malam tu, alia balik tapi hati rasa tak tenang mengenang keadaan mak, "macam mana mak nak makan?" "Macam mana mak nak naik katil?" "Macam mana mak nak mandi?" "Macam mana mak nak pakai baju?" sampaikan tak boleh tidur, yelah siapa yang tak sayang mak kan? Semua orang sayangkan mak yang dah jaga kita dari kita kecil sampai jadi besar sekarang. Alia message mak malam tu sebab rindu lain macam, "salam. Mak okay? Dah makan? Dr dah check? Alia rindu kat mak :'(" mak reply "wsalam. Okay je. Dr cakap kejap lagi nak simen tangan lepas tu esok dah boleh balik. Mak tak pape. Rindu? Haha abah kan ade." mak boleh bergurau lagi time tu. Tapi alia happy bila mak cakap esok mak dah boleh balik!

Esoknya...

Balik je dari sekolah, abah ambil terus pergi hospital. Abah kata mak dah boleh balik :'D siapa tak gembira kan? Alia tanya mak macam mana mak mandi semua, mak kata ada nurse yang tolong. Lega bila dengar mak cakap macam tu. Dan start lah rutin yang perlu aku biasakan iaitu menjaga mak :) petang tu, alia volunteer untuk mandikan mak. Hihihi. Memula mak tak nak, mak kata mak malu. But then time nak mandi tu mak give up buat sendiri sebab tak mampu dengan tangan yang dibalut dan sakit yang mak rasa bile bergerak.

Time tu korang semua tahu? Timbul macam-macam idea kreatif dalam kepala. Haha nak mandikan mak, simen kat tangan mak tu tak boleh kena air. So, alia ambik plastik sampah bakul kecik tu alia potong untuk gantikan kain gantung tangan tu. Pas tu alia ambik plastik sampah yang besar tu untuk tutup badan mak time nak shampookan rambut mak. Hihihi. Mak kata dah macam hotel 5bintang layanan alia. Anything for you lah mak! :*

Selesai je mandi, masa nak pakaikan mak baju, kena pilih baju yang ade butang supaya mudah untuk dipakai. Sampaikan kami siap belikan baju untuk mak pakai time patah tangan tu. Huhuhu. Lepas je, pakaikan baju kena bandage balik tangan mak dengan kain yang pihak hospital bagi. Kerja rumah memang dibawah pengawasan alia memandangkan kakak Alia kat Melaka. Memang sibuk, mana nak bahagikan masa untuk belajar dan untuk rumah tapi demi mak, alia ikotkan aje. Hihi

Dan berlanjutan sampai lah ke raya. Kalau kakak balik, akak banyak tolong, kadang-kadang gilir-gilir dengan kakak mandikan mak. Mak pernah cakap "mak segan dengan anak-anak mak. Yelah kena mandikan mak pula macam mak ni dah uzur sangat je gaya.." haha mak.. Mak.... Walau macam mana pon masih banyak lagi jasa mak dan abah yang Alia belom balas lagi.. Alia harap sangat Alia sempat balas jasa baik mak dan abah....

Pada korang, please lahh jaga our parents baik-baik. Kalau terkasar bahasa tu cepat-cepat minta maaf taw? Yelah ajal dan maut Allah yang tentukan, wahai kawan-kawan... Lagi-lagi bila berjauhan dengan mak abah, serious asyik nak homesick je kan? Rindu memanjang....

Okay lah, rasa sampai sini je Alia share cerita okay? Bila alia free nanti alia update lain cerita lagi okay?

Assalammualaikum :)